Selamat Datang 어서 오세요 Ke Blog Saya

Friday, February 10, 2012

Artis Korea Yang Mendapat Bayaran Iklan Tertinggi


Artis Korea sekarang ini sedang meningkat naik. Di Asia sahaja ramai yang meminati artis-artis Korea yang hensem, cantik dan comel ini.

Dan bagi artis-artis Korea ini sudah tentu bayaran bagi mereka amatlah tinggi. Begitu juga dengan pembayaran bagi membuat iklan. Repot TV di Korea telah mengeluarkan senarai artis-artis yang mendapat bayaran tinggi bagi sesebuah iklan.


Berpandukan laporan yang telah dikeluarkan, penyanyi sensasi, Rain dan Big Bang antara yang menerima bayaran iklan tertinggi iaitu $1 Juta dan $1.5 Juta USD! Ditempat kedua dengan bayaran antara $700000 hingga $900000 ialah 2PM, SNSD, Lee Hyori, BoA dan 2NE1.

Lee Seung Gi, Kim Hyun Joong, Jay Park, Super Junior, JYJ, Son Dambi, dan Wonder Girls ditempat ketiga dengan bayaran $500000 hingga $600000 USD. Dan ada beberapa artis lain termasuk 2AM, CNBLUE, KARA, 4minute, MBLAQ, After School, IU, FT Island, Seo In Young, dan SECRET yang menerima bayaran bagi iklan lebih dari $100000.

Pembayaran dikatakan mengikut populariti mereka.Kaya betul mereka ini dengan bayaran iklan.

No comments: