Live my life
Saturday, April 28, 2012
online2 dan online
bagi aku ary nie ...ary yg mmbohsankan tuk aku ..
(bagi korang aku tak tau laa..)
takdaa apa yg best pon ary nie tuk aku ...
ary nie keja aku online2 dan online ...
tak tau nk uat paa dh ...
tadi aku ulangkaji kit ...
tapi tibe2 aq asa bosan...
terus tutup buku ...
dan terpikir nk online....
terus buka buku iaitu muka buku (facebook laa)hehhe ...
tah semenjak akhir2 terasa hidop kosong sgt2...
ahhh ..dh mula uat giler dah aku ...
okeyy laa...lagi bnyk aq tulis agy merapu ...
bubye ...
malaysia vs sri lanka
malaysia dan sri lanka telah pon tamat ...
keputusan penuh
Malaysia 6 - 0 Sri Lanka
Penjaring Malaysia : 25' 27' Wan Zack Haikal, 73' 83' 90+1 Ahmad Hazwan Bakri , 86' Azamuddin Akil
aku sangat2 berpuas hati denagn perlawanan malam nie ...
harap malaysia akan terus buat yg terbaek
untuk game2 yg seterusnya ...
chaiyok2 malaysia
Saturday, April 21, 2012
KEDAH VS KELANTAN ...
aku tak puas aty dgn dye punya pengadil yng cam ha---...lagi ..
ahhhhh besaq kecil jer aq tgok muka dye tadi ....
rasa cam nk penampaq jea....
yg aq SUKE pemain import kedah ...
mang terbaik arrr ....
cara dye marah pengadil tadi fuhhh...
cam tak caya jer aku ...
aku tabik ngan semua pemain kedah ....
diorang jujur dalam game..tadi ...
tak der lakonan ....
aku tgok kebanyakan pemain kelantan ramai yg layak MSUK PILIH KASIH SBB DIORG SEMUA berbakat dalam bidang lakonan ....
TRUSKN LA PENTAS LAKONAN KORANG ATAS PADANG ERK...
apapon ....kedah kini nombor satu DI CARTA HATI AKU....
HUHUH....
KEDAH PULUN KEDAH ...
Friday, April 20, 2012
aku tak tau mana datangnya perasaan nie
hey..sebenarnya aku sendiri tak tau macam mana nak tulis nie....
aku citer sikit apa yang aku rasa sekarang ....
aku tak tau mana datangnya perasaan nie,...
dua tiga hari nie ...aku rasa selesa sangat dengan sikap sorang budak
nie...seolah -olah dia memahami aku ...
aku rasa selesa sangat bila dengan dia..
aku rasa selesa luahkan apa yang aku rasa ...dekat dia ....
seolah -olah aku dah lama kenal dia ...
aku sendiri tak faham dengan apa yang aku lalui ...
Tuesday, April 10, 2012
Arsenal kembali ke Malaysia

KELAB gergasi England, Arsenal mengesahkan bakal bertandang ke ibu negara untuk menentang skuad Harimau Malaya, Julai depan.
Pengarah Pemasarannya, Angus Kinnear menyifatkan kedatangan The Gunners pada tahun ini sangat istimewa berdasarkan sambutan hangat daripada penyokong-penyokong dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei ketika lawatan mereka musim lalu.
Kinnear memberitahu, seluruh pihak termasuk pasukan Arsenal sangat teruja apabila kembali beraksi di Malaysia musim ini.
“Sudah tentu saya selaku wakil Arsenal sangat teruja apabila kami kembali beraksi di Kuala Lumpur yang mana kami tidak menjangkakan memiliki ramai penyokong di Malaysia.
“Pihak pengurusan, termasuk pasukan Arsenal sangat gembira dan sudah tidak sabar untuk menentang pasukan kebangsaan Malaysia.
“Sudah tentu, kehadiran kami pada kali ini lebih istimewa.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Arsenal dan kami menjanjikan satu persembahan menarik pada 24 Julai depan,” katanya pada sidang media perlawanan Arsenal menentang Malaysia di Hotel Saujana Subang semalam.
Kinnear menambah, tarikh itu dipilih kerana kejuaraan Eropah (Euro) 2012 telah berakhir dan pemain-pemain bintang The Gunners seperti Robin van Persie, Mikel Arteta, Alex Song dan ramai lagi bakal disenaraikan semasa jelajah tersebut kelak.
Sementara itu, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberitahu, beliau yakin perlawanan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF, November depan.
Jelasnya, beliau mahu menggunakan peluang tersebut untuk menguji kekuatan pasukan kebangsaan yang merupakan juara bertahan Piala Suzuki AFF.
Gegak gempita LMFAO
![]() |
| REDFOO tetap bertenaga melaungkan Yeah Baby untuk mendapatkan respons penonton. |
RAMAI yang tidak mengetahui, awal tahun lalu, duo yang cukup popular dengan lagu bertema parti di seluruh dunia LMFAO pernah berkunjung ke Malaysia. Waktu itu mereka masih belum dikenali ramai, malah lokasi persembahan juga sederhana sahaja iaitu di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.
Namun tahun ini, kunjungan kali kedua mereka disambut dengan sebuah konsert besar LMFAO Live in Malaysia 2012 sempena dengan konsert jelajah Asia mereka yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Rozita nafi manipulasi Zain
![]() |
| MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu. |
AKTRES popular, Rozita Che Wan, 38, tidak pernah sunyi daripada kontroversi dikaitkan dengan lelaki. Selepas seorang lelaki, seorang lelaki lain pula dikaitkan bercinta dengan dirinya.
Di sebalik sering dikaitkan dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat.
Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad lalu, Rozita dilihat intim di samping aktor muda yang sering digosip dengannya, siapa lagi kalau bukan Zain Saidin. Mereka dilihat beriringan mesra pada acara karpet merah.
Malah, selepas sahaja tamat majlis tersebut Rozita dikatakan terus pulang untuk mengejar penerbangan ke Itali untuk bercuti. Mungkinkah untuk melarikan diri daripada pihak media?
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rozita semalam menerusi telefon sewaktu aktres jelita itu sedang berada di Monte Carlo, Monaco.
Kosmo!: Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 baru-baru ini, adakah Rozita memang sudah rancang untuk berpasangan dengan Zain pada acara karpet merah? Siapa yang ajak siapa terlebih dahulu?
ROZITA: Gandingan saya dengan Zain untuk acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011 Ahad lepas sememangnya sudah dirancang sebab saya tanya Zain, dia membuat penampilan pada acara itu dengan siapa? Jadi apabila dia mengatakan tidak mempunyai teman dan saya pun seorang diri, lalu saya ajak dia untuk mengiringi saya pada acara tersebut. Sekurang-kurangnya saya tidaklah tampil seorang diri pada acara karpet merah itu.
Adakah Rozita sengaja memilih Zain untuk mengiringi pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular itu kerana ingin menutup gosip bernikah dengan Datuk K?
Saya tiada niat apa-apa pun. Rasanya tidak perlu dijadikan sebarang kontroversi apabila saya berpasangan dengan Zain pada acara karpet merah sebab umum mengetahui saya dengan Zain memang rapat, tidak ada yang pelik. Lainlah kalau tiba-tiba saya muncul pada acara karpet merah dengan Remy Ishak, mesti semua orang pelik (ketawa).
Sebelum ini sudah ada gosip mengaitkan Rozita dan Zain, kenapa Rozita berani menunjukkan hubungan yang rapat itu secara terbuka?
Sama ada secara terbuka atau sorok-sorok, saya dengan Zain memang baik, jadi tidak ada apa yang perlu kami sorokkan.
Melihat rentetan gosip cinta Rozita yang terdahulu sehingga kini, adakah Rozita memang suka lelaki yang lebih muda?
Suka atau tidak, saya cuma selesa dengan lelaki bujang.
Apa pula kata anak-anak Rozita apabila ibu mereka rapat dengan Zain?
Anak-anak saya kenal siapa kawan ibu mereka, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang hal itu.
Kenapa pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 Rozita pulang awal, adakah kerana bimbang dikejar pihak media?
Saya pulang awal kerana saya perlu berada di lapangan terbang pada pukul 10.30 malam kerana saya ada penerbangan ke Itali pada malam itu juga.
Percutian ke Itali ini sudah lama dirancang atau Rozita bercuti untuk tenangkan fikiran kerana gosip bernikah dengan Datuk K?
Saya memang sudah lama rancang percutian bersama keluarga. Saya tidak pergi sendirian tetapi bersama ibu, dua adik saya, Ayu Raudhah dan Rubytah, Lan Pet Pet (suami Rubytah) serta seorang kakak saya. Kami semua akan berada di Itali selama dua minggu.
Gosip (berkahwin dengan Datuk K) yang tidak berasas pada saya bukan isu besar walaupun itu adalah fitnah yang memalukan saya. Diharapkan orang ramai faham bahawa saya yang menjadi mangsa keadaan.
Orang yang memfitnah saya bernikah dengan Datuk K itu perlu bertanggungjawab. Jika orang yang menabur fitnah itu tidak ada rasa bersalah kerana memfitnah saya sekurang-kurangnya dia perlu rasa bersalah dengan Allah kerana dosanya itu.
sumber :surat khabar kosmo


